KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menjelaskan penutupan sementara landasan antara Stesen Kempas Baru dan Stesen JB Sentral tidak melibatkan penutupan keseluruhan operasi Stesen JB Sentral.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu hanya dari 10 malam ini hingga 6 pagi esok bagi membolehkan kerja pelancaran Pedestrian Over Bridge (POB) di Stesen JB Sentral dilaksanakan dengan selamat.
Sepanjang tempoh itu, KTMB memaklumkan hanya dua perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), iaitu tren 9449 dan 9535 akan terjejas.
“Kedua-dua tren akan ditamatkan di Stesen Kempas Baru dan penumpang akan dibawa ke Stesen JB Sentral menggunakan perkhidmatan bas gantian disediakan KTMB.
“Bagi memastikan kelancaran perjalanan, makluman awal perubahan operasi ini telah disampaikan kepada penumpang menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) serta hebahan melalui saluran rasmi KTMB,” menurut kenyataan itu.
KTMB memaklumkan perkhidmatan tren di JB Sentral akan beroperasi seperti biasa sejurus kerja itu selesai pada 6 pagi esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial