"Kegiatan riadah lasak ini semakin popular dalam kalangan komuniti kita. Ia merupakan gaya hidup sihat yang bagus untuk masa panjang dan kita raikan. Kita telah memulakan langkah bagaimana untuk kita tambah SOP atau peraturan supaya kekerapan berulangnya kejadian orang hilang ini tidak tinggi.
"Kita tidak ada kawalan langsung kepada sesuatu kawasan. Oleh itu kita tengok autoriti mana yang boleh bekerjasama untuk membuat penguatkuasaan. Kita akan lihat keperluan untuk perkemas sistem pendaftaran atau penandaan kawasan hutan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kecekapan 2026 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini hari ini.
Sebanyak 287 peserta dari seluruh negara bertanding dalam 10 acara dengan JBPM Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara keseluruhan, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan piala pusingan.
Dalam pada itu, Nor Hisham turut menjawab kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan usaha JBPM dalam mencari dan menyelamat pendaki yang hilang termasuk Jaslinda kerana didakwa menelan kos operasi yang tinggi.
Beliau berkata sebagai anggota penyelamat, menjadi tugas dan tanggungjawab pihaknya untuk menyelamat nyawa serta keselamatan semua pihak dalam ruang lingkup tugasan.
"Pada peringkat awal sesuatu operasi, kita mempunyai keyakinan tinggi bahawa mangsa masih hidup, justeru tindakan segera dengan kekuatan anggota yang mencukupi perlu digerakkan.
"Kos memang kita ambil kira, tetapi keutamaan ialah nyawa mangsa dan keselamatan pasukan penyelamat. Dalam masa sama, kita menguruskan operasi dengan secekap mungkin dan bukan berbelanja dengan sewenang-wenangnya," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial