Daripada Mohd Iswani Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberikan majlis sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun di sini, bersempena dengan lawatan rasmi pertama beliau ke negara matahari terbit itu.
Sejurus tiba, Anwar disambut rakan sejawatnya Sanae Takaichi dan diberikan kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun.
Anwar kemudiannya diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet Jepun dan para pegawai kanan kerajaan, sebelum Perdana Menteri memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Takaichi.
Selepas majlis tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan perkara kepentingan bersama dan kerjasama serantau.
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Jepun sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada November 2022, walaupun sebelum ini beliau telah melakukan dua lawatan kerja pada 2023 dan 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial