Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tekanan Ekonomi Tidak Boleh Dibiarkan Hakis Ikatan Perpaduan Rakyat - Fadillah

09/06/2026 10:41 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tekanan ekonomi susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat tidak boleh dibiarkan menghakis ikatan perpaduan masyarakat.

Beliau berkata ketegangan geopolitik bukan sahaja memberi kesan kepada negara terlibat malah turut memberi impak kepada Malaysia melalui peningkatan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Kenaikan harga barang dan tekanan kos harian ini menimbulkan keresahan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat... Namun, kita harus memastikan bahawa tekanan ekonomi ini tidak menghakis ikatan perpaduan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Terdahulu, Fadillah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2026.

Beliau berkata MPPN turut berperanan membawa naratif yang tepat kepada rakyat bagi membetulkan persepsi salah, menenangkan keadaan dan menggalakkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan provokasi media sosial akibat tekanan ekonomi.

Pada masa sama, Fadillah menyeru semua ahli MPPN untuk terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam memelihara keharmonian dan keutuhan integrasi nasional.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa hasil perbincangan mesyuarat MPPN akan diangkat untuk makluman dan persetujuan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan