Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

22 Projek Sakit Di Sabah Perlu Dipantau, Tambah Baik

09/06/2026 08:34 PM

TAWAU, 9 Jun (Bernama) -- Sebanyak 22 projek melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan di Sabah yang dikategorikan sebagai “projek sakit” perlu dipantau dan ditambah baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Mustapha berkata antara faktor ia dikategorikan projek sakit adalah disebabkan isu seperti tanah serta prestasi kontraktor.

“Kalau isu tanah penyebabnya kita kena cari kaedah bagaimana untuk mempercepatkan...satu jawatan khas yang melibatkan isu-isu tanah ini perlu ditubuhkan, mungkin boleh dimulakan di Tawau, seperti projek menaik taraf Depot Tahanan Imigresen (DTI) Pakej 1," katanya 

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembangunan berkaitan daerah Tawau di sini hari ini.

Mustapha berkata jika projek sakit berpunca daripada kontraktor yang tidak kompeten, maka perlu ada kaedah menangani termasuk menggantikan kontraktor berkenaan.

“Kita kena serius, kita tidak mahu disebabkan kontraktor Sabah dilabelkan sebagai negeri paling banyak projek sakit, jadi kita mahu kontraktor yang kompeten. Bagi agensi terlibat, sudah tiba masanya kena kritikal tentang isu kontraktor ini, jangan biar mereka (kontraktor) tidak dipantau," katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata sebanyak 83 projek pembangunan direkodkan di Tawau dengan 44 projek dalam prapelaksanaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan