Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan MADANI Tidak Pernah Berhenti Ikhtiar Tingkat Program Tingkatan Enam - Fadhlina

08/06/2026 08:17 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Langkah penjenamaan semula dan pelaksanaan pelbagai inisiatif membuktikan Kerajaan MADANI tidak pernah berhenti berikhtiar untuk meningkatkan program Tingkatan Enam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu termasuk langkah penjenamaan semula bagi meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain.

“Program Tingkatan Enam memang sangat istimewa dan dekat di hati kami. Pelbagai inisiatif kami laksanakan untuk terus memartabatkan program ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata inisiatif seperti Bantuan Awal Persekolahan, penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Kebangsaan dan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi awam dilaksanakan khusus untuk menyokong anak-anak Tingkatan Enam.

Fadhlina berkata Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia mempunyai nilai yang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah oleh lebih 2,000 universiti antarabangsa.

Terdahulu, beliau menyantuni pelajar Tingkatan Enam yang baharu mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Tahniah semua. Kalian telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan