Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan MADANI Tekad Perkasa Pembangunan Sabah, Sarawak - PM Anwar

30/05/2026 10:38 AM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan MADANI bertekad memastikan Sabah dan Sarawak menerima manfaat pembangunan saksama serta berterusan melalui penyediaan peluang pendidikan lebih baik, akses kesihatan berkualiti dan pembangunan infrastruktur asas yang menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook bersempena dengan Pesta Kaamatan dan Gawai, Anwar berkata usaha itu juga bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri menikmati kehidupan yang lebih bermaruah.

Beliau berkata sambutan Kaamatan dan Gawai adalah perayaan kesyukuran yang berakar daripada tradisi dan warisan masyarakat Sabah dan Sarawak, diraikan penuh makna dalam semangat kebersamaan, muafakat dan penghargaan terhadap nikmat hasil bumi.

Ad Banner
Ad Banner

“Dalam kepelbagaian adat, bahasa dan budaya yang mewarnai negara kita, sambutan ini mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kemampuannya memelihara keharmonian dalam kemajmukan, memperkukuh semangat persaudaraan dan menyuburkan budaya saling menghormati,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata sambutan itu juga mencerminkan pentingnya semangat kebersamaan dalam memperkukuh keharmonian negara.

Beliau turut mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak. 

“Semoga sambutan ini membawa kemakmuran, keberkatan serta memperteguh semangat muafakat dan kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia tercinta,” kata beliau.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan