Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Isu Parkir: Malaysia Airports Nasihat Pengembara Rancang Perjalanan Lebih Awal

29/05/2026 09:45 PM

PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports menasihati para pengembara supaya merancang perjalanan lebih awal susulan kadar penggunaan yang tinggi di kawasan parkir jangka pendek sempena musim cuti panjang ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Malaysia Airports memaklumkan bahawa petugas akan mengarahkan pemandu ke kawasan parkir lain yang masih mempunyai kekosongan sekiranya sesuatu tempat letak kereta telah penuh.

“Penumpang yang telah membuat tempahan parkir lebih awal boleh terus memasuki kawasan itu seperti biasa,” menurut hantaran itu.

Ad Banner
Ad Banner

Malaysia Airports turut menggalakkan penumpang menyemak ketersediaan parkir melalui portal tempahan dalam taliannya, iaitu parking.malaysiaairports.com.my sebelum ke lapangan terbang bagi membantu mengurangkan kesesakan dan memastikan perjalanan yang lebih lancar.

Pengendali lapangan terbang negara itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai atas kesabaran dan sikap memahami mereka sepanjang tempoh cuti yang sibuk ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan