Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Agong, Raja Permaisuri Santap Bersama Keluarga Sempena Aidiladha

27/05/2026 02:03 PM

JOHOR BAHRU, 27 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bersantap bersama-sama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Aidiladha di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah bersama paduka anakanda.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan