Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Great Eastern Takaful Raih Pelbagai Pengiktirafan Pada Anugerah Industri

26/05/2026 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Great Eastern Takaful Berhad (GETB) meraih pelbagai pengiktirafan pada Employee Experience Awards Malaysia 2026  dan Takaful Star Awards 2026, sekali gus memperlihatkan kekuatan dalam pembangunan bakat, kecemerlangan tempat kerja dan prestasi perniagaan takaful.

Pengendali takaful keluarga itu memenangi empat anugerah, iaitu Program Kepimpinan Wanita Terbaik, Strategi Komunikasi Sumber Manusia Terbaik, Inisiatif Pembelajaran Jarak Jauh Terbaik dan Strategi Peningkatan Kemahiran Terbaik pada Employee Experience Awards Malaysia 2026. 

Pengiktirafan ini adalah komitmen berterusan syarikat dalam membina persekitaran kerja yang progresif, penuh kepelbagaian dan inklusif, memperkukuh penglibatan pekerja serta meningkatkan keupayaan tenaga kerja melalui pembelajaran berterusan dan inisiatif pembangunan kepimpinan.

Ad Banner
Ad Banner

Wakil Lantikan GETB Jasveen Kaur Marne berkata pengiktirafan itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam membina organisasi yang berteraskan warga kerjanya ke arah persediaan masa hadapan.

“Kami memperkasakan wanita melalui saluran kepimpinan yang telah dirancang secara berstruktur dalam ekosistem yang inklusif di samping terus memperkukuh strategi komunikasi.

“Kepercayaan kami bahawa pembelajaran perlu fleksibel dan mudah diakses bagi membolehkan warga kerja kami lebih berkembang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GETB turut menerima pengiktirafan di Takaful Star Awards 2026 yang dianjurkan Persatuan Takaful Malaysia (MTA), dengan meraih anugerah dalam kategori individu dan perniagaan kumpulan.

Dalam kategori Perniagaan Individu Takaful Keluarga, syarikat itu menerima anugerah Pengurus Agensi Terbaik (Langsung) dan Pengurus Agensi Terbaik (Kumpulan).

Dalam kategori Perniagaan Takaful Keluarga Berkelompok, GETB merangkul anugerah Pengeluar Perniagaan Berkelompok Terbaik dan Agensi Korporat Perniagaan Berkelompok Terbaik, selain Anugerah Ejen Terbaik MC MTA di bawah Kategori Khas.

Jasveen berkata anugerah tersebut turut mencerminkan dedikasi perunding takaful, pemimpin dan pekerja syarikat dalam menyediakan penyelesaian perlindungan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

“Anugerah ini juga merupakan bukti dedikasi, ketabahan dan profesionalisme perunding takaful, pemimpin dan warga kerja kami yang sentiasa melangkaui jangkaan dalam menyampaikan perlindungan bermakna kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau seterusnya berkata syarikat itu akan terus memacu inovasi, memperkukuh keupayaan serta mencipta nilai yang lebih besar kepada komuniti yang dilayani.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan