Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Aidiladha: Trafik Bergerak Perlahan Empat Kilometer Masuki Kelantan

26/05/2026 03:50 PM

GUA MUSANG, 26 Mei (Bernama) -- Laluan Gua Musang-Kuala Lipis sesak kira-kira empat kilometer susulan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidiladha esok. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kesesakan dilaporkan berlaku di sempadan Pahang-Kelantan berhampiran Kampung Mentara di sini yang berpunca daripada kenderaan yang bergerak perlahan untuk memasuki bandar Gua Musang. 

"Terdapat pertambahan bilangan kenderaan memasuki daerah ini berbanding semalam, namun keadaan terkawal terutamanya di Kampung Mentara. 

Ad Banner
Ad Banner

"Selain itu, aliran lalu lintas didapati bergerak perlahan di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara menuju ke Kuala Krai ketika ini," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata anggota polis trafik telah ditugaskan untuk memantau keadaan semasa dan melakukan penyuraian sekiranya perlu bagi membantu melancarkan aliran trafik. 

"Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi peraturan jalan raya, menjaga jarak kenderaan dan merancang perjalanan dengan sebaiknya bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang lebih lama," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama setakat 2 petang tadi di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang terutamanya dekat Kampung Mentara sehingga Kampung Lepan Jaya mendapati aliran trafik masih bergerak perlahan di kawasan terbabit. 

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan