Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Turkiye Sempena Lawatan Khas

23/05/2026 12:13 PM

JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye untuk lawatan khas pada hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 9 pagi tadi.

Ad Banner
Ad Banner

Pada lawatan itu, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan