Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia Negara Ketujuh Paling Dipercayai, Bukti Negara Di Landasan Tepat - Nga

22/05/2026 10:52 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kedudukan Malaysia sebagai negara ketujuh paling dipercayai di dunia menerusi Edelman Trust Barometer 2026 membuktikan negara berada pada landasan tepat dalam memperkukuh keyakinan terhadap institusi, kestabilan sosial dan perpaduan nasional.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata Indeks Kepercayaan keseluruhan Malaysia meningkat daripada 66 mata pada 2025 kepada 71 mata tahun ini, sekali gus meletakkan negara antara yang terbaik di dunia dari segi tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, perniagaan, media dan institusi bukan kerajaan.

Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan keyakinan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap tadbir urus, hala tuju ekonomi dan komitmen Malaysia dalam memastikan pembangunan inklusif.

Ad Banner
Ad Banner

“Peingiktirafan ini bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan keyakinan rakyat terhadap institusi dan kepimpinan negara. ia membuktikan usaha Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus, kestabilan ekonomi dan keharmonian sosial membuahkan hasil positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata Kerajaan MADANI akan terus menegakkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan dasar berteraskan rakyat bagi memastikan kepercayaan awam kekal menjadi asas kemajuan negara.

“Ketika banyak negara berdepan dengan peningkatan polarisasi dan ketidaktentuan, kedudukan Malaysia dalam kalangan negara paling dipercayai di dunia menunjukkan kekuatan kita dalam memelihara perpaduan dalam kepelbagaian. Pencapaian ini milik seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Ad Banner

Beliau berkata walaupun laporan itu turut mengetengahkan cabaran berkaitan perpecahan sosial dan penularan maklumat palsu, dapatan tersebut perlu dijadikan peringatan kepada semua pihak untuk terus memupuk persefahaman, keterangkuman dan wacana awam yang bertanggungjawab demi memelihara keharmonian serta kemakmuran jangka panjang negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan