Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Mahasiswa UPTM Anjur Pertandingan e-Sport Peringkat Kebangsaan

21/05/2026 04:16 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menjadi institusi pengajian tinggi pertama menganjurkan kejohanan e-Sukan peringkat kebangsaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa menerusi acara pembukaan (kick-off) ACS Edu Tour Musim 5.

Unit Sekretariat dan Komunikasi Korporat UPTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menggunakan pendekatan knowledge transfer dengan bimbingan pensyarah dan pihak industri, sekali gus memberi pengalaman langsung dalam mengurus kempen kejohanan bertaraf nasional.

Penganjuran itu melibatkan mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Pengkomputeran dan Multimedia serta Fakulti Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Ad Banner
Ad Banner

ACS Edu Tour S5 yang memfokuskan segmen pemain amatur mempertandingkan permainan Mobile Legends: Bang Bang dengan hadiah keseluruhan bernilai RM200,000.

“Program yang berlangsung selama tujuh bulan itu dijangka melibatkan 111 universiti, kolej dan politeknik di seluruh negara dengan penyertaan 1,552 pasukan dan lebih 6,200 peserta. Daripada jumlah itu, sebanyak 32 pasukan adalah wakil penuntut UPTM,” menurut kenyataan itu.

Kejohanan anjuran bersama-sama CRIT e-Sport Malaysia itu membuka peluang kepada penuntut institusi pengajian tinggi di seluruh negara bukan sahaja untuk bertanding, malah meneroka potensi diri dalam pelbagai cabang industri e-Sukan.

Ad Banner

Selain itu, ACS Edu Tour menjadi platform pembangunan holistik melalui kolaborasi antara UPTM dan CRIT yang turut melaksanakan Students Influencer Program, Student Entrepreneurship Program serta Students Ambassadors Program yang memberi peluang penuntut membina jenama diri, meneroka keusahawanan serta terlibat secara langsung dengan jenama industri.

“Penuntut turut berpeluang mencuba pelbagai peranan dalam industri e-Sukan termasuk sebagai usahawan, pengulas e-Sukan (caster) dan penganjur yang akan memberi impak memperluas kebolehpasaran mahasiswa dalam industri digital dan kreatif,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, aspek inklusiviti turut diberi perhatian apabila penyertaan dibuka kepada wanita serta pemain orang kurang upaya (OKU) selaras dengan usaha memperluas akses dan penyertaan dalam industri e-Sukan negara.

Program itu merupakan kesinambungan kolaborasi antara Kelab e-Sukan UPTM dan CRIT yang telah dilaksanakan sejak 2023 dengan sokongan rakan strategik seperti TuneTalk, VICO, Maggi Hot Cup serta program “Kuasa Orang Muda” oleh Impact Integrated.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan