Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Remaja Lelaki Ditemukan Lemas Di Sungai Langat

20/05/2026 06:46 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Langat berhampiran Kampung Rantau Panjang, Batu 14 di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.57 petang sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 40 minit kemudian.

Beliau berkata mangsa dilaporkan mandi bersama seorang rakannya di sungai berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari sebelum dihanyutkan arus ke kawasan lebih dalam.

Ad Banner
Ad Banner

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi dan operasi pencarian di permukaan air menggunakan bot fiber sebelum mangsa ditemukan pada 4.02 petang, kira-kira dua kilometer dari lokasi awal dilaporkan lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata pegawai Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian mangsa pada 4.06 petang dan mayat dibawa ke Hospital Ampang untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Ad Banner

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan