Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Mangsa Banjir Beaufort Meningkat Pagi Ini

20/05/2026 10:26 AM

BEAUFORT, 20 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort mencatatkan peningkatan pagi ini apabila 258 orang daripada 89 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan angka terbaru itu menunjukkan peningkatan berbanding 66 mangsa daripada 24 KIR yang dicatatkan pada 8 malam tadi.

Menurut kenyataan hari ini, kesemua mangsa kini dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon yang dibuka 3 petang semalam.

Ad Banner
Ad Banner

"Mangsa yang berlindung di PPK berkenaan terdiri daripada 86 lelaki dan 51 perempuan bagi kategori dewasa serta warga emas. Turut ditempatkan di pusat pemindahan sama ialah 121 kanak-kanak dan bayi," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jumlah kampung terjejas telah bertambah kepada 10 buah kampung pagi ini, berbanding hanya tiga yang dilaporkan malam tadi.

Sekretariat memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berikutan bencana tersebut, dan tiada laporan diterima mengenai penduduk terjejas yang terkepung di luar kawasan pemindahan.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan