Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia Kecam Tindakan Israel Tahan Lebih 100 Aktivis GSF 2.0, Tuntut Pembebasan Segera - PM

18/05/2026 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel memintas Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0) ke Gaza dan menahan lebih 100 aktivis termasuk 16 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi aman membela kemanusiaan sejagat.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera kesemua aktivis.

“Tindakan kurang ajar rejim jahat ini terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa malah memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau menegaskan bahawa dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan yang dilakukan oleh rejim Zionis.

"Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban," katanya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan