Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

NAFAS Bajakimia Lancar Buku Panduan Bantu Tingkat Ilmu Teknologi Pembajaan Kepada Petani

18/05/2026 05:31 PM

MUAR, 18 Mei (Bernama) -- NAFAS Bajakimia Sdn Bhd (NBKSB) melancarkan buku panduan bertajuk ‘Panduan Pembajaan Tanaman Komoditi dengan Baja PELADANG’ bagi membantu meningkatkan pemindahan ilmu dan teknologi pembajaan kepada komuniti tani negara.

Ketua Pegawai Eksekutif NBKSB Zalifudin Md Arshad berkata buku ini dihasilkan sebagai panduan praktikal yang mudah difahami untuk membantu peladang, usahawan tani, dan pemain industri memahami amalan pembajaan yang lebih efektif demi meningkatkan hasil tanaman.

“Pelancaran buku ini merupakan satu inisiatif strategik NBKSB dalam memperkukuh usaha pemindahan ilmu kepada komuniti peladang, usahawan tani serta pemain industri pertanian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Pelancaran buku panduan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin bersempena dengan Festival Agro MADANI Peladang di NAFAS Mall, Muar, Sabtu lepas.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Muhammad Faris Arriffin, wakil pengurusan kanan NAFAS, rakan strategik, pengedar, rakan industri serta komuniti peladang.

NBKSB merupakan anak syarikat milik penuh NAFAS yang merupakan antara pembekal utama kepada keperluan baja negara.

Ad Banner
Ad Banner

Buku panduan itu dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin selaku rakan akademik dan teknikal.

Zalifudin berkata NBKSB turut memanfaatkan festival berkenaan untuk memperkenalkan rangkaian baja jenama PELADANG yang dilengkapi teknologi Nutrient Uptake Enhancer (NUE) bagi meningkatkan kecekapan penyerapan nutrien tanaman.

Bagi mendekatkan jenama PELADANG kepada masyarakat, NBKSB turut menawarkan promosi produk terpilih serta jualan istimewa buku panduan tersebut sepanjang festival berlangsung.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada syarikat induk, NAFAS, khususnya Kumpulan Pemasaran NAFAS atas peluang untuk bersama-sama menjayakan festival dan program komuniti berkenaan.

Festival Agro MADANI Peladang @ NAFAS Mall yang berlangsung pada 16 hingga 17 Mei minggu lepas menampilkan pelbagai aktiviti promosi, jualan khas, perkongsian ilmu dan aktiviti interaktif bersama komuniti.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan