Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

CAAM Sahkan Insiden Libatkan DA-40 Di Langkawi, Penumpang Selamat

12/05/2026 12:49 PM

PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu insiden melibatkan sebuah pesawat Diamond Aircraft model DA-40 dengan nombor pendaftaran 9M-HMJ, ketika menjalani penerbangan latihan.

CAAM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat tersebut, telah melakukan pendaratan cemas di sekitar Kuah, Langkawi, Kedah, hari ini.

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 9.54 pagi untuk penerbangan latihan yang dijadualkan dan komunikasi terakhir dengan Menara Kawalan Trafik Udara Langkawi direkodkan pada jam 10.29 pagi,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner

Menurut CAAM, terdapat dua orang di dalam pesawat, termasuk juruterbang dan kedua-duanya dilaporkan selamat.

Siasatan terhadap insiden itu akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan, selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan