Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Periksa Tayar Treler Di Bahu Jalan 

11/05/2026 08:14 PM

KUANTAN, 11 Mei (Bernama) -- Seorang mekanik maut dipercayai dilanggar lori ketika sedang memeriksa tayar sebuah treler yang pancit di KM119.5 Lebuhraya Pantai Timur arah barat di Temerloh hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata kejadian kira-kira 12 tengah hari itu mengakibatkan lelaki berusia 48 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah treler sedang berhenti di bahu jalan kerana tayar belakang kenderaan itu pancit dan mangsa berada di lokasi berkenaan untuk memeriksa serta menukar tayar. 

Ad Banner
Ad Banner

“Ketika melakukan pemeriksaan tayar, datang sebuah lori dari arah sama telah bergesel dengan treler terbabit dan melanggar mangsa yang  sedang duduk di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan treler, masing-masing berusia 36 serta 35 tahun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan