Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

22,711 Jemaah Haji Malaysia Kini Berada Di Tanah Suci

11/05/2026 05:56 PM

Daripada Amirul Mohd Sajadi

MAKKAH, 11 Mei (Bernama) -- Sebanyak 22,711 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci setakat ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun.

Beliau berkata ia melibatkan 74 penerbangan yang telah mendarat di Lapangan Terbang Madinah dan Jeddah, dengan satu lagi penerbangan dijadual tiba di Jeddah malam ini.

Ad Banner
Ad Banner

“Alhamdulillah, operasi haji kini memasuki minggu keempat dan kesinambungan operasi dapat diteruskan seperti dijadualkan dengan semua perancangan berjalan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak,”  katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Hisham berkata semua jemaah haji Malaysia kini berada di Makkah selepas rombongan jemaah Muassasah terakhir dari Madinah menerusi penerbangan KT033 tiba di Hotel Al Tayseer, Makkah pada Sabtu lepas.

"Kesemua jemaah kini sedang membuat persiapan bagi menantikan kemuncak ibadah haji iaitu Hari Wuquf yang dijangka pada 26 Mei ini," katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata persiapan di kawasan Masya’ir juga hampir lengkap dan pihak pengurusan Tabung Haji (TH) akan mengadakan lawatan ke tapak perkhemahan dalam masa terdekat bagi menyelaras persediaan akhir menjelang Hari Wuquf.

Operasi haji musim 1447H/2026M bermula secara rasmi pada 18 April, dengan 31,600 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan