Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Disaran Kaji Semula Dasar Pengangkutan Awam, Perluas Lorong Khas Bas

09/05/2026 06:01 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan disaran mengkaji semula dasar pengangkutan awam termasuk memperluas laluan khas bas dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat beralih kepada pengangkutan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner Sdn Bhd Wan Md Hazlin Agyl berkata langkah itu penting bagi mengurangkan kesesakan jalan raya selain membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian termasuk kos parkir dan bahan api.

Beliau berkata meskipun kerajaan menyediakan subsidi minyak kepada operator bas awam dan menyediakan perkhidmatan bas percuma seperti Bas Smart Selangor dan Bas GoKL, penggunaan pengangkutan awam belum dapat dioptimumkan.

Ad Banner
Ad Banner

“Kerajaan beri subsidi minyak kepada operator bas awam dan menyediakan bas percuma seperti Bas Smart Selangor, Bas GoKL dan sebagainya, namun rakyat masih tidak mahu menaiki bas kerana isu ketersediaan perkhidmatan bas.

“Selain itu, tempoh perjalanan yang panjang seperti perjalanan yang sepatutnya mengambil 20 minit  boleh memakan masa sehingga sejam setengah kerana kesesakan jalan raya dan bas perlu membuat banyak perhentian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi ahli panel program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan penyediaan lorong khas bas bagi melancarkan pergerakan pengangkutan awam, memendekkan waktu perjalanan dan mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di jalan raya, khususnya di bandar utama.

Dalam masa sama, Wan Md Hazlin mencadangkan pendekatan bekerja dari rumah (BDR) diperkukuh sebagai langkah sokongan untuk menjimatkan penggunaan bahan api negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan