Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Semua Negeri Kecuali Terengganu Hingga 9 Malam Ini

01/05/2026 07:10 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka.

Keadaan sama dijangka melanda Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

Ad Banner

Di Pahang, kawasan dijangka terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson serta Rembau) dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri serta Limbang manakala Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan).

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan