BERITA TERGEMPAR   Thomas Cup: China 2 Malaysia 0: Liang Wei Keng-Wang Chang bt Aaron Chia-Soh Wooi Yik 24-22, 21-14 | 
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Village Grocer Buka Cawangan Baharu Di KL Met Galleria

30/04/2026 06:52 PM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Village Grocer, rangkaian pasar raya premium terkemuka di Malaysia, melakar satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan cawangan baharu di KL Met Galleria hari ini, sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah berkonsepkan “Passion to Delight” kepada komuniti di bandar raya Kuala Lumpur. 

Cawangan baharu itu menjadi antara tunjang utama konsep peruncitan KL Met Galleria, yang menawarkan pilihan terpilih hasil tempatan paling segar serta barangan import premium antarabangsa.

Village Grocer dalam satu kenyataan memaklumkan, pelanggan di kawasan berhampiran kini boleh menikmati akses yang lebih mudah kepada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibawa masuk setiap hari dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand, selain hasil tempatan dari Cameron Highlands.

Ad Banner

“Kami menawarkan potongan daging yang berkualiti tinggi, serta seksyen makanan laut yang segar, selain produk jenama dari Australia (Woolworths) dan Itali, serta bahagian produk organik dan makanan sihat bagi memenuhi gaya hidup vegan, keto dan bebas gluten,” menurut kenyataan itu.

Cawangan baharu itu turut mempunyai seksyen deli (makanan sedia dimakan) khusus yang menampilkan produk bakeri artisanal dan hidangan ringkas, mudah dan praktikal,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, Ivan Tan berkata premis baharu di KL Met Galleria itu ialah langkah strategik dalam menawarkan barangan runcit premium yang berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur.

Ad Banner
Ad Banner

“Reka bentuk premis itu bercirikan estetika moden yang segar bagi melengkapi seni bina progresif KL Met Galleria. Matlamat kami adalah menjadikan setiap kunjungan membeli-belah satu pengalaman yang mudah dan menarik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI Sdn Bhd Azman Ibrahim berkata Village Grocer dijangka memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman runcit yang lebih menarik serta memacu kedatangan pengunjung. 

Beliau berkata Met Galleria kekal menumpukan kepada pembangunan ekosistem gaya hidup ‘live, work and play’ yang bersepadu dan tersusun untuk komuniti setempat.

“Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada rakan kongsi dan pihak berkepentingan,” katanya.

Bagi meraikan pelancaran itu, Village Grocer KL Met Galleria menawarkan siri ganjaran eksklusif sempena promosi pembukaan dan ahli BITES dari 30 April hingga 31 Mei 2026, dengan promosi Bumper Bonanza selama empat hari bermula 30 April hingga 3 Mei.

Pemberian hadiah bersempena dengan pembukaan pula akan berlangsung pada 30 April dan sepanjang Mei, menawarkan pelbagai hadiah percuma yang menarik.

KL Met Galleria di Lower Ground 1 (The Marketplace) dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut, layari www.villagegrocer.com.my atau ikuti Village Grocer di Facebook dan Instagram.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan