Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tarikh Akhir Kemuka e-Filing Tahun Taksiran 2025 Pada 15 Mei - LHDN

29/04/2026 07:59 PM

PUTRAJAYA, 29 April (Bernama) -- Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) bagi Tahun Taksiran 2025 untuk individu dan selain individu iaitu pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu hindu yang tidak menjalankan perniagaan ialah pada 15 Mei.

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, selaras dengan pelaksanaan mandatori pengemukaan BN melalui e-filing, pembayar cukai diberikan tambahan masa selama 15 hari daripada tarikh akhir yang ditetapkan iaitu esok, untuk mengemukakan BN dengan tepat dan lengkap.

"Pembayar cukai disaran agar memanfaatkan tempoh lanjutan ini dengan mengemukakan BN lebih awal bagi memastikan kelancaran proses dan mengelakkan kesesakan capaian sistem menjelang tarikh akhir.

Ad Banner

"Sehubungan dengan itu, LHDN ingin menasihatkan bahawa pematuhan terhadap tarikh akhir ditetapkan adalah penting bagi mengelakkan sebarang tindakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, termasuk pengenaan penalti ke atas kelewatan atau kegagalan mengemukakan BN," menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan e-Filing boleh diakses terus di https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN di https://www.hasil.gov.my. 

Sebagai panduan, LHDN memaklumkan bahawa pembayar cukai disaran merujuk kepada nota penerangan BN yang berkaitan sekiranya terdapat kekeliruan atau memerlukan penjelasan lanjut sebelum mengemukakan BN masing-masing.

Ad Banner
Ad Banner

"Pembayar cukai juga digalakkan untuk membuat semakan awal ke atas semua dokumen dan maklumat percukaian termasuk penyata pendapatan, resit serta rekod berkaitan bagi tujuan pelaporan cukai. 

"Pengisian dan pelaporan cukai hendaklah dilakukan dengan teliti bagi memastikan pengemukaan BN dibuat dengan tepat, lengkap dan teratur," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan