Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lebih 60 Kapal Global Sumud Flotilla Akan Berlayar Ke Gaza Hari Ini

26/04/2026 10:08 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Lebih 60 kapal dari Itali dan Sepanyol di bawah Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini berlabuh di Pelabuhan Augusta, Itali, akan belayar ke Gaza hari ini dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin.

Menerusi kenyataan hari ini, GSF memaklumkan flotila berkenaan akan belayar “dengan matlamat yang jelas untuk memecahkan sekatan” serta menegaskan semula hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, di samping mendesak pembukaan koridor kemanusiaan kekal ke Gaza.

Menurut GSF, misi tersebut turut bertujuan menggerakkan tindakan antarabangsa yang berterusan serta mendedahkan apa yang disifatkan sebagai penglibatan dalam mengekalkan sekatan terbabit.

Ad Banner

Dengan merujuk kepada Deklarasi Brussels yang diterima pakai pada Kongres Parlimen pertama GSF pada 22 April lepas, GSF memaklumkan “sekadar kecaman” terhadap Israel dan sekutunya tidak lagi mencukupi memandangkan penjarahan yang berterusan, penutupan laluan darat serta sekatan akses kemanusiaan ke Gaza.

“Adalah perlu untuk bertindak secara bersepadu dan mengikut pendekatan yang berbeza,” menurut GSF sambil menambah satu barisan hadapan antarabangsa perlu dibentuk bagi mencabar apa yang digambarkan sebagai sistem yang mengekalkan sekatan tersebut.

GSF memaklumkan usaha seumpama itu termasuk melakukan boikot, tekanan politik di peringkat dalaman, gerakan kesatuan pekerja, mogok umum serta tindakan ketidakpatuhan awam tanpa keganasan sebagai sebahagian daripada strategi bersama untuk mempertahankan hak rakyat untuk menentukan nasib sendiri.

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan