Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pelantikan Tokoh Kehakiman Terajui SPRM Tangkis Persepsi Campur Tangan Politik - BBC

25/04/2026 09:49 PM

JOHOR BAHRU, 25 April (Bernama) --  Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dilihat sebagai langkah strategik memperkukuh reformasi institusi serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap integriti badan penguatkuasaan negara itu. 

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan pemilihan tokoh yang berlatarbelakangkan kehakiman itu memberikan isyarat jelas bahawa Kerajaan MADANI komited memastikan kebebasan badan pencegahan rasuah berkenaan.

“Ini secara langsung akan menangkis sebarang persepsi campur tangan politik, sekali gus mengembalikan keyakinan pelabur terhadap negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner

Beliau turut berharap pelantikan itu dapat mempercepat pencapaian sasaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 25 negara terbaik dunia menjelang 2033.

Ahli Parlimen Sekijang itu berkata momentum positif pencapaian Malaysia yang meningkat ke kedudukan ke-54 dunia dengan skor 52 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 membuktikan keberkesanan inisiatif tadbir urus yang sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Azam Baki atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui SPRM sebelum ini. 

Ad Banner

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim itu berkuat kuasa 13 Mei ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan