Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Adakan Lawatan Kerja Sehari Ke Pulau Pinang Hari Ini

25/04/2026 09:01 AM

GEORGE TOWN, 25 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, bagi menghadiri beberapa program rasmi utama yang menumpukan kepada agenda kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri sambutan ulang tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, Batu Kawan dekat sini pada 10.30 pagi.

Turut mengiringi beliau pada majlis itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha  Negara Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

Ad Banner

Selepas itu, Anwar dijadual mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Seberang Perai Tengah di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bukit Mertajam, yang dijangka menjadi platform penting dalam menyelaras agenda pembangunan setempat.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang dekat sini pada 3 petang.

Majlis yang akan dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil itu juga bakal menyaksikan pengiktirafan NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).  

Ad Banner

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan