Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia Penyatu Pelbagai Negara Atas Semangat Keamanan - Syeikh Muhammad Al-Hasan

23/04/2026 05:57 PM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Peranan Malaysia di pentas antarabangsa terus mendapat pengiktirafan apabila Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti menyifatkan negara ini berperanan menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan.

Perkara itu dizahirkan Syeikh Muhammad Al-Hasan ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasinya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

“Banyak perkara yang telah kami bicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, pencabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara. 

Ad Banner

“Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Pertemuan itu merupakan rangka program Syeikh Muhammad Al-Hasan di Malaysia kali ini.

-- BERNAMA

Ad Banner

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan