PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Awantec Systems Sdn Bhd, anak syarikat AwanBiru Technology Berhad (Awantec) merangkul anugerah 2026 Google Cloud Public Sector Partner of the Year untuk rantau Asia Pasifik.
Pengiktirafan itu menonjolkan pencapaiannya dalam ekosistem Google Cloud, membantu pelanggan bersama mempercepat perjalanan transformasi digital mereka, sambil memastikan tadbir urus yang selamat, berskala dan berpacukan data.
Ketua Pegawai Eksekutif Awantec Azizah Ali berkata sebagai rakan utama Google Cloud, Awantec mempercepat inisiatif teknologi merentasi kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan perkhidmatan awan yang terurus.
“Kami memiliki keupayaan teknikal yang diperlukan untuk mengubah pengalaman pelanggan sepenuhnya. Kami memulakan latihan digital komprehensif merentasi pasukan kami dengan 54 petugas meraih pensijilan profesional baru-baru ini dalam Google Cloud, Workspace, AI, dan Chrome.
“Kumpulan ini terus bekerjasama secara aktif dengan agensi kerajaan untuk memacu inovasi digital melalui program penerimaan AI dan Agentic AI Immersion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azizah berkata inisiatif ini direka untuk mempercepat penyepaduan Agentic AI dan teknologi awan yang canggih dalam sektor awam, meletakkan Awantec sebagai penyedia utama agenda transformasi digital negara.
Sementara itu, Presiden Global Partner Ecosystem and Channels di Google Cloud Kevin Ichhpurani berkata anugerah itu memberikan penghormatan kepada inovasi strategik dan nilai boleh diukur yang dibawa rakannya kepada pelanggan.
“Kami amat berbangga menamakan Awantec sebagai penerima Google Cloud Partner Award 2026, meraikan peranan dalam memacu kejayaan pelanggan sepanjang tahun lepas,” katanya.
Didorong oleh komitmen demi kejayaan pelanggan, Awantec secara konsisten mempercepat kitaran hidup projek dengan memaksimumkan penggunaan digital serta kepuasan pengguna.
Bagi memudahkan peralihan yang lancar untuk organisasi yang baru kepada ekosistem Awan, Awantec menyediakan pasukan sokongan yang berdedikasi dan praktikal.
Panduan yang disesuaikan ini, memperkasakan setiap pengguna untuk navigasi sistem baharu dengan keyakinan dan keupayaan.
Mengukuhkan kepimpinan dalam sektor awam, Awantec baru-baru ini melakar pencapaian utama dengan peluasan peranan sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan (MSP) bagi Google Cloud kepada Kerajaan Malaysia di bawah Cloud Framework Agreement (CFA), menekankan peranan penting syarikat dalam membentuk masa depan digital negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial