KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat meliputi seluruh Perlis dan Setiu di Terengganu.
Turut tersenarai adalah lima kawasan di Kelantan, iaitu Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu di www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial