Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

12/04/2026 09:29 AM

Daripada Ahmad Aidil Syukri Hamzah

BARCELONA, April 12 (Bernama) -- “Terima kasih, Malaysia,” demikian ucapan aktivis Thiago Avila, sambil memuji penglibatan negara yang tidak berbelah bahagi serta usaha berterusan dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menyifatkan penglibatan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan sebagai sesuatu yang amat menakjubkan dan memberi makna besar kepada perjuangan solidariti antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Ad Banner

Avila berkata komitmen kukuh ditunjukkan rakyat Malaysia dan masyarakat Asia, menambah dimensi moral yang signifikan kepada misi maritim.

“Solidariti daripada Malaysia, seluruh rantau Nusantara, malah dari seluruh Asia, amat mengagumkan. Kami sangat menghargainya. Kepada rakyat Malaysia, kami ingin ucapkan ‘terima kasih’. Anda semua luar biasa,” katanya ketika ditemui kurang 24 jam sebelum flotila itu dijadualkan berlepas.

Beliau berkata Malaysia, bersama Indonesia, mewakili suara yang kuat dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa yang kekal mempunyai hubungan rapat dengan perjuangan rakyat Palestin.

Avila menegaskan bahawa komuniti ini didorong oleh penolakan kolektif untuk terus menyaksikan kebuluran kanak-kanak atau pengeboman yang menyasarkan hospital dan tempat perlindungan.

“Kita melihat penyertaan Asia dalam misi kali ini sebagai satu yang indah. Kita bercakap tentang komuniti yang mencintai Palestin, mencintai kebebasan, yang mencintai solidariti, yang benci melihat kanak-kanak mati kebuluran atau dibom,” katanya.

GSF dijadualkan berlepas dari sini hari ini, membawa gabungan antarabangsa yang bertekad untuk memecah kepungan Israel ke atas Gaza serta memberi respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing dihadapi rakyat Palestin 

Misi kali ini melibatkan lebih 80 buah kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, menggabungkan tindakan maritim dengan gerakan mobilisasi global secara bersepadu di darat, selain menghubungkan usaha solidariti, advokasi undang-undang serta kempen akar umbi di pelbagai negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan