Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Misi Bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor Bantu Permudah Rundingan Dengan Mesir - Anwar

04/04/2026 06:59 PM

IPOH, 4 April (Bernama) -- Pemilihan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 adalah bagi memudahkan urusan perundingan dengan kerajaan Mesir sekali gus melancarkan penghantaran bantuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan Amirudin selaku wakil kerajaan penting kerana misi ini melibatkan penghantaran bantuan berskala besar selain memerlukan beberapa perundingan dengan Kerajaan Mesir.

“Saya memang telah ambil keputusan tidak menghantar mana-mana, cuma kerana ini melibatkan (bilangan) kontena yang besar dan perundingan dengan kerajaan Mesir dan tentera Mesir jadi saya kena minta seorang wakil yang memegang jawatan dalam kerajaan untuk membantu memudahkannya,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak, di sini, hari ini.

Anwar berkata bantuan dari Malaysia itu mengambil kira masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Gaza pada masa ini yang amat tinggi dan membebankan.

Semalam, Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan Amirudin akan mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 yang bermula esok mewakili kerajaan.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan membawa 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan