Ad Banner
 AM > BERITA

Persiapan Haji Berjalan Lancar, Banyak Penambahbaikan Dilaksana - Zulkifli

29/03/2026 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Persiapan bagi menghadapi musim haji tahun ini berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau memaklumkan telah selamat tiba di Arab Saudi bersama-sama pasukannya bagi menguruskan jadual kerja yang padat termasuk menghadiri Forum Umrah dan Ziarah di Madinah serta memantau persiapan haji.

Zulkifli berkata lawatan itu turut dimanfaat untuk meninjau sendiri kemudahan dan penempatan bakal jemaah di Makkah termasuk fasiliti untuk petugas Tabung Haji.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata pelbagai penambahbaikan telah dilaksana melibatkan aspek infrastruktur, logistik dan penginapan sekali gus memastikan kemudahan yang lebih selesa serta tersusun kepada jemaah.

Zulkifli berkata usaha berkenaan bukan sekadar tugasan sebaliknya satu bentuk khidmat kepada para jemaah.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan