KUANTAN, 28 Mac (Bernama) -- Jalan utama di hadapan Kuil Sri Maranthandavar, Sungai Jerik di Maran dan kawasan sekitar akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada perayaan Panguni Uthiram.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran menerusi hantaran Facebook memaklumkan penutupan jalan terbabit akan bermula pada 4 petang 30 Mac hingga 2 petang 1 April.
“Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut," menurut hantaran itu.
Orang ramai masih boleh menggunakan jalan utama menerusi Jalan Simpang Bangas seterusnya ke Jalan Utama dan Bandar Jengka.
IPD Maran memohon kerjasama semua pihak bagi memberi laluan yang selamat kepada perayaan tahunan itu dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD menerusi talian 09-4771222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial