Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Kedah, Keluarga Diraja Berangkat Ke Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri

24/03/2026 04:37 PM

ALOR SETAR, 24 Mac (Bernama) -- Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam Sempena Sambutan Aidilfitri 2026 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Berangkat sama, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah Che Puan Nur Julie Ariff.

Tuanku Sultan Kedah serta keluarga diraja baginda berangkat hadir ke majlis itu sebelum berkenan berangkat ke Balai Santapan Besar bagi santapan utama bersama para penjawat awam yang hadir.

Ad Banner
Ad Banner

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Norizan Khazali serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Antara juadah yang dihidangkan pada majlis itu ialah ketupat, lemang, rendang daging, ayam kuzi, soto ayam, nasi minyak serta kuih raya.

Seusai santapan, Tuanku Sultan Kedah serta keluarga diraja baginda turut berkenan beramah mesra bersama para hadirin, seterusnya mengurniakan ampun kurnia duit raya kepada penjawat awam yang hadir sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan baginda.

Majlis berkenaan mencerminkan hubungan erat antara institusi diraja dan penjawat awam dalam suasana penuh kemesraan sempena sambutan Aidilfitri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan