GEORGE TOWN, 17 Mac (Bernama) -- Feri Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan percuma dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) kepada semua warganegara Malaysia pada Aidilfitri pertama dan kedua.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Yeoh Soon Hin berkata tambang feri percuma itu ialah manifestasi komitmen berterusan pihaknya dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dalam memudahkan perjalanan rakyat, khusunya pada musim perayaan.
“Perkhidmatan feri percuma ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang, tetapi juga untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Seiring dengan inisiatif penyediaan perkhidmatan feri percuma dan Sambutan Ulang Tahun ke-70 SPPP (Jubli Platinum) tahun ini, Yeoh berkata SPPP turut menaja pelaksanaan program kemasyarakatan menerusi kempen "Kids Go Free | Aidilfitri Special" di Muzium Feri Pulau Pinang di sini.
Beliau berkata program berkenaan membolehkan kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke bawah menikmati kemasukan percuma ke muzium feri pada 23 hingga 25 Mac ini.
Yeoh berkata inisiatif berkenaan turut melengkapi usaha SPPP dalam memperkukuh peranan Muzium Feri Pulau Pinang sebagai pusat pembelajaran dan tarikan berasaskan warisan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial