Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hutan Berhampiran Plaza Tol Putrajaya Terbakar

11/03/2026 09:05 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas  kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sepasukan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dengan bantuan BBP Cyberjaya, dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang.

"Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dengan dua pancutan pam jentera serta kaedah firebeater. Kebakaran tidak melibatkan mangsa atau struktur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fadlee Kamaruddin, berkata tindakan pantas pasukan bomba setakat petang ini berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan berdekatan.

“Operasi masih diteruskan bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan