Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MBO Cinemas Tutup Operasi Secara Kekal

11/03/2026 03:18 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Rangkaian pawagam MBO Cinemas mengumumkan akan menutup operasi secara kekal selepas berpuluh tahun beroperasi di seluruh negara. 

Menerusi kenyataan dimuat naik di akaun media sosial, syarikat itu memaklumkan keputusan tersebut dibuat dengan “berat hati”, menandakan pengakhiran kewujudan jangka panjang mereka dalam industri pawagam Malaysia. 

 “Selepas bertahun-tahun yang menakjubkan, MBO Cinemas kini akan menutup operasi secara kekal. Tayangan sudah berakhir,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Syarikat itu merakamkan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan selama ini dan memaklumkan kenangan di pawagam mereka amat bermakna kepada organisasi tersebut.

“Ia suatu penghormatan terbesar kami untuk berkhidmat kepada anda, penonton kami dan menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik anda.

“Semua sorakan dan gelak tawa di dewan yang penuh sehingga kepada detik sunyi semasa adegan menyentuh hati amat bermakna kepada kami,” menurut kenyataan itu.

MBO Cinemas berterima kasih kepada pelanggan atas sokongan berterusan sepanjang mereka beroperasi.

“Daripada kami semua di MBO Cinemas, terima kasih kerana memenuhi tempat duduk dan hati kami,” menurut kenyataan itu.

Rangkaian pawagam itu menutup cawangan di Malaysia pada 2020 berikutan pandemik COVID-19 dan kembali beroperasi pada tahun berikutnya di bawah pengurusan baharu selepas Golden Screen Cinemas memperoleh asetnya.

MBO Cinemas mengendalikan lapan cawangan di Selangor, Melaka, Perak dan Johor.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan