Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jangan Manipulasi Sentimen Kaum, Agama - Muhammad Kamil

11/03/2026 10:41 AM

IPOH, 11 Mac (Bernama) -- Orang ramai diingatkan supaya sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak mengambil kesempatan memanipulasi sentimen kaum serta agama yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan Perlembagaan dan sebarang isu sensitif perlu diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut mengikut saluran undang-undang.

“Penguatkuasaan undang-undang bukan sesuatu yang boleh dilakukan secara sembarangan oleh mana-mana pihak, sebaliknya mesti melalui proses dan jalur perundangan betul,” katanya kepada pemberita selepas measmikan Majlis Aspresiasi Barisan Hadapan Santuni Wira MADANI dan Singgah Sahur Bersama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Muhammad Kamil menasihati masyarakat agar lebih berhati-hati di media sosial bagi mengelakkan berita palsu dan fitnah serta tidak terpengaruh dengan pihak yang mengeksploitasi isu sensitif demi perhatian walaupun kelompok tersebut hanyalah minoriti.

“Walaupun mungkin hanya lima peratus yang memainkan isu ini, kelompok kecil ini sering menjadi riuh di media sosial sehingga mewujudkan persepsi tidak tepat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sempena Ramadan, beliau mengingatkan rakyat supaya memanfaatkan semangat bulan mulia ini sebagai  medan untuk menilai kebenaran serta tidak terikut-ikut dengan sentimen, fitnah dan adu domba pihak tidak bertanggungjawab.

“Majoriti rakyat negara ini mahukan perpaduan dan kesepaduan yang wujud, justeru masyarakat perlu lebih berwaspada, cakna serta berhati-hati sebelum menerima serta memberi reaksi terhadap sesuatu maklumat atau isu semasa,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan