Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KKM Komited Perkasa Ekosistem Kerja Yang Selamat, Kondusif

10/03/2026 08:42 PM

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) komited memperkasakan ekosistem kerja yang selamat dan kondusif demi masa depan perkhidmatan kesihatan yang berintegriti serta berperikemanusiaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sentiasa mengambil serius isu persekitaran kerja dan kebajikan seluruh petugas kesihatan, terutamanya dalam memastikan setiap warga KKM bertugas dalam persekitaran yang profesional, beretika dan berteraskan nilai MADANI.

“Bagi menjamin tiada kekaburan dalam menangani isu salah laku, KKM akan memperkasakan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pekeliling ini secara tegas melarang penggunaan bahasa kasar, maki hamun, penghinaan secara terbuka (public shaming) mahupun sebarang gangguan emosi yang melampaui batas profesionalisme,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dzulkefly berkata dokumen itu menjadi rujukan mandatori dalam tindakan tatatertib bagi memastikan setiap aduan diproses secara adil dan telus pada semua peringkat fasiliti.

Selain itu, beliau berkata pengurusan tertinggi setiap fasiliti kesihatan perlu mengambil tanggungjawab mewujudkan budaya kerja harmoni dan penyayang serta wajib menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan tanpa kompromi atau melindungi mana-mana individu. 

“Saya ingin menegaskan bahawa kegagalan pemimpin untuk bertindak balas terhadap aduan adalah satu kegagalan tadbir urus yang serius,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan