Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera Ditutup 8 Hingga 14 Jun - PBBPP

09/03/2026 06:05 PM

GEORGE TOWN, 9 Mac (Bernama) -- Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua bagi 2026 bermula 8 hingga 14 Jun ini dan akan beroperasi semula pada 15 Jun.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyelenggaraan berjadual itu termasuk menukar bogi dan gegelung penyaman udara koc.

“PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland bagi memastikan sistem funikular berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami juga menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem funikular secara harian, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan turut dijalankan selepas waktu operasi,” menurut kenyataan itu.

Menurut PBBPP, dalam tempoh tersebut pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera yang terletak bersebelahan Jabatan Taman Botani Pulau Pinang atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.

Sebelum ini, perkhidmatan Funikular Bukit Bendera ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dari 12 hingga 18 Jan lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan