Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Mahu Tindakan Tegas Terhadap Salah Guna, Seludup Minyak Masak Peket

09/03/2026 11:45 AM

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menyeludup atau menyalahgunakan bekalan minyak masak peket bersubsidi.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan peraturan larangan pembelian minyak masak peket bersubsidi kepada bukan warganegara yang berkuat kuasa 1 Mac lepas.

“Mulai 1 Mac, kita telah menguatkuasakan larangan penjualan dan pembelian minyak masak peket bersubsidi 1 kilogram kepada bukan warganegara. Ya, ini wajar. Mana mungkin subsidi diberikan kepada bukan warganegara. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ini yang kita laksanakan dulu dalam program (subsidi) elektrik dan BUDI95, (jadi) pastikan pelaksanaannya itu berkesan. Kalau ada yang cuba seludup dan sebagainya harus tegas dalam tindakan kita dan (perlu) jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. 

Pada 29 Jan lepas, Armizan berkata peraturan larangan penjualan minyak peket kepada bukan warganegara dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan dengan punca kuasa Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan