Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Remaja Dilapor Hilang Dalam Perjalanan Ke Cameron Highlands Ditemukan Maut

08/03/2026 09:23 PM

JERTIH, 8 Mac (Bernama) -- Misteri kehilangan remaja lelaki yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lepas akhirnya terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, di Kampung Beting Lintang di sini. 

Ketua Polis Daerah Besut Supt Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi terbabit oleh orang awam pada 6.40 petang tadi. 

“Setakat ini polis percaya mayat yang ditemui itu adalah Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lepas oleh keluarganya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia pada malam dia tidak dapat dihubungi pada awal pagi Jumaat selepas motosikal Yamaha R15 yang ditunggangnya dipercayai terbabas,” katanya di sini hari ini.

Rozaime berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk pengecaman waris dan bedah siasat.

Bernama hari ini melaporkan, kehilangan Ahmad Azreeq Zafreen berlaku ketika dia bersama keluarganya dari Kampung Batin, Seberang Takir, dalam perjalanan untuk bercuti ke Cameron Highlands pada Khamis lepas.  

Dalam perjalanan itu, Ahmad Azreeq Zafreen menunggang motosikal jenis Yamaha R15, manakala ibu bapanya bersama ahli keluarga lain menaiki sebuah kereta.

Kali terakhir mangsa dikesan berdasarkan rakaman video litar tertutup (CCTV) berada di sebuah stesen minyak di Kampung Beting Lintang di sini pada 1.38 pagi, Jumaat lepas. 

 -- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan