Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tun Ramli, Isteri Santuni Rakyat Di Bazar Ramadan Bayan Lepas

08/03/2026 07:56 PM

GEORGE TOWN, 8 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib dan isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah berkenan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Bayan Lepas, di sini hari ini.

Ketibaan Tun Ramli dan Toh Puan Raja Noora Ashikin pada 4.35 petang disambut Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Nermaljit Singh Bakhtawar Singh.

Tun Ramli dan isteri meluangkan masa hampir sejam menyantuni serta beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga bazar, selain singgah di beberapa gerai untuk membeli juadah berbuka puasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Antara kuih tradisional yang menjadi pilihan ialah onde-onde, kaswi, lopes dan tepung pelita, selain turut singgah di gerai menjual tauhu begedil dan laksa.

Tun Ramli dan Toh Puan Raja Noora Ashikin juga dilihat beratur bersama pengunjung lain untuk membeli nasi dalca bersama ayam bawang dan kuah campur sebelum berangkat pulang ke Seri Mutiara.

Kehadiran Tun Ramli dan isteri turut menarik perhatian pengunjung cilik yang mengambil peluang bersalaman serta merakam gambar kenang-kenangan.

Bazar Ramadan Bayan Lepas yang menempatkan kira-kira 150 gerai adalah antara bazar yang menjadi tumpuan di bahagian pulau, menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa daripada makanan tradisional sehingga hidangan moden.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan