Ad Banner
 AM > BERITA

SARA Bulanan Dikreditkan Hari Ini

01/03/2026 09:36 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran di Instagram memaklumkan jumlah bantuan bagi kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah RM100 bagi setiap isi rumah manakala RM50 bagi warga emas dan bujang.

Bagi kategori penerima STR dan eKasih, bantuan dikreditkan sebanyak RM200 untuk isi rumah, manakala warga emas (RM150) dan bujang (RM100).

Ad Banner
Ad Banner

Menurut laman web rasmi sara.gov.my, penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SARA merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup tinggi dan bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan