Ad Banner
 AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Tujuh Negeri Hingga 1 Pagi Ini

24/02/2026 10:41 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu diramal melanda Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.

Di Pahang, kawasan terjejas ialah Jerantut, Maran dan Bera, manakala di Negeri Sembilan meliputi Kuala Pilah, Rembau, Jempol serta Tampin.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor merangkumi Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, selain Melaka.

Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri serta Limbang.

Sementara itu, di Sabah, kawasan dijangka terjejasmelibatkan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau serta Pantai Barat (Papar).

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan