KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Bernama) -- Seorang Exco kerajaan Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan akan didakwa di mahkamah, esok.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada pukul 9 pagi.
Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Semalam, sumber memaklumkan suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman kerana didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 2018 dan 2020.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial