Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Selangor Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM11.47 Juta

20/02/2026 10:24 PM

SHAH ALAM, 20 Feb (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11.47 juta daripada enam syarikat korporat pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada majlis berkenaan, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan menyerahkan RM3.46 juta, diikuti Rafulin Sdn Bhd (2.45 juta), Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (RM 2 juta) dan Bank Islam Malaysia Berhad (RM1.26 juta).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (RM1.21) dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (RM1.09 juta)

Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima wakaf korporat menerusi cek cura daripada Klinik Mata Wakaf Selangor kepada Management and Science University (MSU) berjumlah RM419,000, diikuti Public Islamic Bank Berhad dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM50,000. 

Terdahulu, pada majlis itu Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 501 asnaf terdiri daripada fakir (200), miskin (241) dan mualaf (60) membabitkan peruntukan berjumlah RM250,500, sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Baginda turut berkenan menunaikan solat isyak dan tarawih bersama ribuan rakyat, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin.

Turut hadir Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah, Mufti Selangor Datuk Dr Opir Anhar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan