Ad Banner
 AM > BERITA

Operasi Benih Awan Di Bukit Merah, Tasik Temenggor Tingkat Paras Air

19/02/2026 07:11 PM

IPOH, 19 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan operasi pembenihan awan di kawasan Bukit Merah dan Tasik Temenggor minggu lepas berjaya meningkatkan paras air di dua kawasan tadahan itu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelaksanaan operasi itu perlu bagi memastikan pengurusan sumber air mencukupi dan untuk penjanaan elektrik.

“Paras air di Tasik Temenggor, Tasik Banding dan Tasik Chenderoh menyebabkan kita melakukan pembenihan awan kerana jika tiada hujan, ia boleh mengganggu atau menjejaskan penjanaan elektrik.

Ad Banner
Ad Banner

“Pada waktu sama, Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak dapat melepaskan air yang boleh menyebabkan berlaku kekurangan di sebelah Kuala Kangsar sampai ke Teluk Intan dan boleh menjejaskan muka sauk kendalian Lembaga Air Perak serta Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa melakukan tinjauan di Bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak di sini hari ini.

Pada 10 Feb, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di Johor, Kedah dan Perak berikutan paras air beberapa empangan semakin menyusut disebabkan cuaca panas berterusan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan